Kahwin dengan cikgu kaunselor sekolah, namun minggu pertama buat aku hampir sakit jantung
Dulu, abam tak kenal pun siapa isteri abam ni. Sebab kami kenal melalui orang tengah. Kawan baik abam kenalkan kami. Lama juga kami ambil masa nak kenal. Sebab masa tu abam memang sibuk je memanjang. Yelah, abam kerja office. Jadi sibuk sikit. Mula kenal pun dah akhir tahun. Masa tu company huru-hara juga. Serabut jangan cakaplah.
Sampaikan kawan abam cakap, cik kaunselor ni bukan main sabar tunggu juga abam walaupun abam sibuk. Ada je abam kenal gadis sebelum ni, bila abam terlalu busy diorang mula diam seribu bahasa. Tak ada contact, sms, dll. Tapi isteri abam consistent hari-hari sms. Bagi pesanan jaga diri. Nampaklah, walaupun abam tak sempat nak balas, dia sabar dan sms je.
Kadang-kadang abam cuba uji dia, suruh dia jangan tunggu abam, suruh dia terima pinangan orang lain kalau ada yang merisik. Tapi dia tetap cakap tak nak. Kalau boleh nak serius dengan sorang je. Tak nak kenal ramai-ramai. Relationship goal dia kata masa tu.
Pernah juga, abam free abam contact je dia. Tapi tak sekerap dia. Bila abam tanya macam mana boleh sabar, dia kata jadi kaunselor pun salah satu pengalaman yang ajar dia untuk sabar. Masa kami berkahwin, dia baru je konvo. Kami berkahwin dan majlis pada bulan 12. Masa tu sibuk tak payah cakap lah.
Abam ingat lepas kahwin dia berubah. Tapi tak. Macam mana cara dia layan abam masa berkawan sampai kahwin sama je. Jangan fikir lain eh. Maksud abam, pagi-pagi dia akan ucap all the best kerja, kerja baik-baik, kalau penat kena rehat dan sebagainya.
Lepas kahwin baru abam faham kenapa setiap kali sms masa bercinta dulu dia akan kata dia lipat bajulah, basuh bajulah, mop lantailah. Lepas kahwin, abam bawa duduk rumah mama abam dulu dekat kl. Dia punyalah suka dapat menantu suka buat kerja rumah ni. Abam ingat isteri abam akan ambil masa untuk adapt dan adopt dengan keadaan rumah dan keluarga baru. Tapi tidak.
Isteri abam masa tu datang je, terus tolong mama abam buat kerja dapur. Masak, basuh tandas, kemas rumah. Siang basuh baju, jemur, malam lipat baju. Pukul 12 start lipat baju. Hahaha kadang abam pun pelik kenapa suka lipat baju. Isteri abam kata masa tu lah dia tak fikir pasal kerja, dia fikir macam mana nak aturkan jadual harian. Abam kacau macam mana pun dia senyum je.
Isteri abam ni orang pantai timur. Rezeki dia awal dapat posting di negeri sembilan. Kaunselor baru, sekolah campuran. Jadi kami mulalah pjj. Pada awal tu, agak susah nak berjauhan ni. Semua dia uruskan sendiri. Tapi hujung minggu kadang tu dia minta izin nak drive ke kl jumpa abam di kl. Abam baru nak buat surprise. Tapi dia nak pergi juga. Hai pernah abam tertinggi suara, sebab abam terlampau busy, dia diam je. Lepas pada abam reda baru dia tanya, abam okay ke tak. Kalau tak okay nanti dia call balik.
Abam kadang-kadang bersyukur sangat sebab dapat kenal dengan isteri abam ni. Marah lah macam mana pun, dia senyum je. Patuh je. Abam suka, dia lagi suka, abam marah, dia diam dan senyum, abam merajuk, dia masak masakan kesukaan abam. Abam suka aktiviti luar, dia selalu cakap kalau abam nak berjalan ke, hiking ke, dia bagi. Kalau nak keluar dengan kawan ke dia bagi.
Tak ada merengek nak ikut. Cuma satu je dia pernah minta izin abam. Dia suka buat kek. Jadi dia nak buat hujung minggu dan jual di area perumahan dia. Abam izinkan. Cuma abam tak tahu kenapa dia minat sangat masak. Bila abam tanya dia kata, dia nak invest dalam jualan.
Oh baru abam faham kenapa dia nak jual-jual. Tapi abam kagum dia tak pernah minta abam beli emas, rantai ke, tupperware ke, alat solek ke. Tapi abam bagi nafkah tiap bulan. Dia simpan je duit tu. Dia guna untuk bagi duit bulanan dekat mak ayah kami. Abam dah asingkan duit untuk parents kami, dan isteri abam nak tambah juga walaupun sikit.
Ya abam tak nafikan. Isteri abam tak pandai solek, tak pandai bergaya, tapi pergi mana-mana orang akam tahu dia cikgu. Sebab gaya mungkin?
Bila ber pjj ni susahlah juga. Macam-macam kena jaga. Berprasangka? Tipulah nak kata tak ada. Isteri jauh abam pernah curiga. Tapi jiran semua baik-baik selalu ceritakan baik-baik je dekat abam. Masa balik rumah mama abam hari tu, isteri abam di sahkan mengandung. 5 bulan. Dia tak tahu. Sebab aktif sangat. Badan dia kecil. Jadi dia sendiri tak perasan berat dah naik. Abam ingat dia dah gemuk.
Alahan? Tak ada. Sebab tu tak sangka langsung. Tapi rezeki Allah tak menyebelahi kami. Isteri abam ni lincah buat kerja rumah, masa bersihkan tandas, dia tergelincir. Masa tu baru tahu dia mengandung. Abam pun salah juga. Sebab masa tu abam outstation. Pergi singapore.
Masa tulah abam rasa takut sangat kehilangan. Isteri abam ambil cuti sekolah lama. Sebab doktor kata dia jatuh kuat. Hentakan. Tapi keguguran. Isteri abam, senyum je. Dia minta maaf sebab tak dapat jaga zuriat abam. Abam tahu itu bukan salah dia tapi dia letakkan salah pada dia.
Abam ambil cuti untuk jaga dia. Masa ni ramai cikgu-cikgu dan anak murid datang melawat. Masa ni kami di negeri sembilan. Rupanya kaunselor sekolah ni di sayangi pelajar. Budak-budak nakal, semua datang melawat minta cikgu masuk sekolah cepat. Rapat betul dia. Abam pulak yang cemburu. Hahaha. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan.
Isteri abam pulih macam biasa. Abam cuba sehabis baik untuk pindah ke negeri sembilan. Semata-mata tak nak berjauhan. Tapi sampai sekarang tak dapat. Pjj ni ajar abam banyak benda.
Pertama, percayakan pasangan kita. Walaupun isteri abam jauh, banyak mata memandang, tapi abam sedaya upaya untuk tidak judge isteri abam sewenang-wenangnya. Ada tak puas hati, tanya. Kalau abam tengah panas, dia tak menjawab langsung. Dia diam je. Dan akan jawab bila abam dah reda.
Keduanya, jangan musnahkan kepercayaan orang yang kita sayang. Isteri abam letak kepercayaan tinggi dekat abam. Walaupun abam suka like gambar perempuan dekat instagram, dia tak terus serang abam. Dia tak marah-marah. Dia tak perli. Dia cuma like sama gambar tu. Jadi abam akan nampak dekat news feed following abam. Hahaha licik kan. Kaunselor bak hang, dalam diam dia attack.
Ketiga, jangan biar isteri buat kerja sendiri. Lepas je kejadian tu abam cepat beringat. Mana taknya, hilang isteri baik macam ni nak cari dekat mana, pasar malam? Belum tentu jumpa. Dah lepas je pada tu, basuh baju, kemas rumah, jemur baju abam yang ambil alih. Lipat baju? Itu isteri abam tak bagi abam buat. Sebab? Cara lipatan tak standardize dia kata. Besar tak sama. Jenis tak sama. Lol. Okay nak kata dia lipat cantik la tu konon. Hahaha.
Keempat, apa lagi ya? Support apa yang isteri minat. Dia support sepenuhnya minat abam, jadi abam support sepenuhnya minat dia. Contoh? Belikan bahan kek dia. Belikan oven baru. Belikan mixer baru. Isteri abam ni belikan emas, nanti dia hadiahkan dekat mak mertua abam atau mama abam. Belikan tudung, dia share dengan adik beradik perempuan. Jalan-jalan pergi shopping dia akan pusing-pusing je. Window shopping katanya. Tapi singgah kedai barang lelaki je. Belikan untuk abam.
Jadi apa yang dia suka? Abam pernah belikan dia oven dua kali ganda yang sedia ada. Sengih dia sampai ke telinga. Mixer dia abam belikan yang stand punya. Suka tengok dia tak penat sangat bila buat kek. Kesudahannya, duit jualan kek dia minta abam pegangkan. Alahai isteri.
Bila abam tanya, punca rezeki dia. Dia akan kata, sebab dia tak berkira dengan keluarga. Dia akan bagi duit belanja untuk keluarga. Beli barang dapur kalau balik kampung. Isi minyak kereta adik atau abang dia full kalau dia pinjam sekejap. Itupun dah membantu tambahkan rezeki dia.
Dia selalu kata, dalam rezeki kami afa rezeki orang lain juga. Jadi tak salah untuk berkongsi. Bila kami pergi pasar malam. Duit kecil akan siap-siap dia pegang. Tiap kali nampak tabung masukkan. Beli makanan lebih untuk bagi dekat security perumahan. Senangnya nak buat pahala, kata dia.
Banyak perkara abam belajar daripada dia. Dia pernah cerita, dia terima abam tanpa syarat. Dia terima seadanya. Masa dia kenal abam, dia tak tahu pun posisi abam dalam office apa. Dia pernah wonder kenapa abam terlalu busy. Rupanya abam ketua pegawai. Dia tak pernah tanya gaji abam.
Masa kahwin, dia dan keluarga tak letak hantaran yang tinggi. Dia serahkan dekat abam. Semampu yang boleh. Masa abam cakap abam nak bagi RM15k, dia tolak. Dia cakap, lepas kahwin nak guna banyak lagi untuk pengurusan harian. Keluarga cakap RM5k dah cukup. Masa akad nikah, abam akad sebanyak RM10k. Tapi lepas pada tu, mertua abam bagi balik dekat abam untuk persiapan rumah baru dan sebagainya. Tapi abam tak bagitahu dekat mertua, duit tu abam transfer dekat akaun isteri abam. Tanpa isteri tahu. Biar dia terkejut baki banyak. Huhuhu.
Kami dah setahun setengah kawin, tapi belum ada rezeki anak. Bila abam tanya isteri, dia selalu pujuk abam macam ni. Dia cakap, kadang tu Allah bagi zuriat untuk uji sejauh mana kemampuan kita untuk besarkan anak-anak. Ada masa Allah tak bagi lagi kita zuriat sebab Allah nak kita belajar daripada keadaan sekeliling, sama ada kita mampu jadi ibu bapa yang baik atau tak. Ada yang anak ramai, tapi dalam masa yang sama mendera mental dah fizikal anak. Ada yang ada anak, tapi tak berikan sepenuh perhatian di usia muda. Mampu ke kita kalau Allah berikan zuriat sekarang? Mampu dari segi kesabaran, ketegasan, perilaku dan sebagainya.
Abam mengaku, abam ni panas sikit. Garang. Maklumlah anak kedua. Isteri abam, anak kedua last. Jadi dia pun panas juga. Cumanya panas dia, dia akan diam dah reda baru dia cakap. Panas abam, masa tu juga abam cakap. Tapi lepas je keguguran tempoh hari, abam tahu isteri dan abam perlu siap sediakan mental dan fizikal secukupnya.
Mana tak nya, masa abam ambil cuti pergi rumah isteri di negeri sembilan. Awal, pukul 5 dah bangun. Kejut abam. Siapkan sarapan. Basuh baju. Pukul 6.45 dah gerak pergi sekolah. Petang balik, masak lagi. Kemas rumah. Malam bagi abam makan lagi. Sebelum tidur lipat kain, baru tidur. Kesian, penat abam tengok dia. Tapi senyuman tak pernah lekang di bibir dia. Murah senyuman.
Haih, marah senyum. Menangis, senyum. Macam mana abam tak sayang. Doakan kami ada zuriat tau. InshaAllah kalau ada rezeki zuriat nanti, abam share lagi kisah abam. Selamat petang semua. Jaga diri, jaga hati, moga di bawah kasih suci Allah yang di redhai.
0 comments:
Post a Comment