KANAK-KANAK INI MENYANGKA IA ADALAH PELAMPUNG HANYUT SEMASA DI LANDA BADAI TAUFAN..SANGKAAN MEREKA AMATLAH SALAH SEKALI..RUPA-RUPANYA BENDA MISTERI INI ADALAH SEBUTIR BOM YG PERNAH MENGEGARKAN IRAQ SUATU MASA DAHULU
"Kami selalu mendapat barang hanyut, jadi kami menyangka ialah sebuah pelampung. Kami tidak pernah terfikir ianya sebuah bom."
Satu peraturan yang berguna untuk diingati apabila menjadi ibu bapa ialah sentiasa menyangka apa yang tidak disangka. Sama ada di rumah atau di luar, adalah lebih baik untuk sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling dan tidak tertutup mata dengan apa yang ada di sisi anda, seperti apa yang terjadi pada keluarga Inggeris ini.
Keluarga Gravells sedang menikmati masa keluarga di tepi pantai pada hari yang cerah, apabila anak-anak mereka ternampak pelampung hanyut di persisiran pantai.
"Anak-ana saya membawa papan boogie mereka ke sana dan kami pergi ke air laut," kata ibu mereka, Kelly Gravell dari Burry Port, Wales di dalam laporan ABC News. "Kami nampak sebuah objek besar di pantai, jadi kami rasa kami patut pergi dan lihat."
Setelah menjumpai objek besar dan bulat, Erin, 6 dan Ellis, 4, mula bermain dengan objek itu, termasuk berposing dengan objek tersebut untuk mengambil gambar.
"Kami sangat tertarik dengan teritip yang banyak pada objek itu," Kelly mengimbau. "Anak lelaki saya telah memegang dan mengetuk objek itu, dan itu sahaja."
Lima hari kemudian, di dalam lama Facebook mereka, pegawai Pembrey Country Park telah mengumumkan bahawa 'pelampung' yang dijumpai di persisiran pantai itu merupakan bom askar Amerika Syarikat.
Kelly dan suaminya telah diberitahu tentang pengumuman itu melalui seorang sahabat yang ternampak gambar-gambar yang mereka telah ambil dengan anak-anak mereka bersama bom pada laman Facebook mereka.
"Kami selalu mendapat barang hanyut, jadi kami menyangka ialah sebuah pelampung. Kami tidak pernah terfikir ianya sebuah bom."
Mengetahui yang ianya sebenarnya adalah bom "sangat mengejutkan kami," kata Kelly. "Kami sedar sekarang yang kami sangat bernasib baik."
Menurut Allison Thomas-David, pegawai media dan komunikasi bagi Carmarthenshire Country Council, adalah normal untuk objek terhanyut ke pesisiran pantai kawasan ini.
"Ia kelihatan seperti pelampaung, yang selalu kami guna, tetapi dipenuhi dengan teritip 'gooseneck'," katanya. "Sudah tertentu selepas teritip mulai jatuh, itulah masanya kami dapat melihat tulisan yang terdedah."
Walaupun belum di pastikan, pegawai telah memberitahu yang bom tersebut adalah dari perang dunia ke dua.
"Ia telah di ambil oleh penjaga pantai yang kemudiannya memberitahu skuad bom," tambah Allison. "Ianya jelas kami mengosongkan pantai dengan segera. Ia telah diletupkan di dalam letupan terkawal pada jam 6 petang Isnin.
Keluarga Gravell telah memandu ke pantai untuk melihat letupan bom tersebut.
0 comments:
Post a Comment