Perkongsian oleh Tengku Ekhzara Putra yang menceritakan bagaimana dia hampir terpedaya dengan sindiket penipuan duit daripada kad ATM. Baca lagi agar anda semua tahu dan sedar tentang modus operandi mereka:
Kisah semalam 24/2/2017…
Aku jadi bodoh sekejap dan lurus bendul plak..
Kisahnya, pagi semalam baru sampai ofis dalam kul 8.44 pagi dapat call dari no ni 03-92018118. Automatik machine cakap, ‘Dear customer, this is a confirmation of RHB credit card centre. You have 1 pending transaction amount of RM3,972.00 with RHB credit card, press 1 to approve, press 5 to repeat and press 9 to operator assistant’.
Memandangkan aku memang tak de apply credit card dengan RHB bank pun, aku pun press 9 untuk cakap dengan operator. Lepas tekan 9, terus automatic machine cakap lagi..
‘Selamat datang ke kumpulan perbankan RHB. Sila tunggu, agen perkhidmatan kami akan melayan anda sebentar lagi..ulang 3-4 kali suara tu.. aku pun sabar menunggu.. pastu call aku tu pun di jawab oleh sorang lelaki cina.
‘Good morning RHB bank service centre. How can i assist you?’ Aku pun cakap la dapat call dari RHB bank untuk confirmation 1 pending credit card transaction amount RM3,972.00 sedangkan aku memang tak de pun credit card RHB. So, mulanya aku ingat RHB bank ni salah call number kot. Nak call orang lain tapi call number aku plak. Pastu cina tu pun minta number ic dan nama aku untuk dia check dalam sistem. Lepas dia check dia cakap, ye encik, ada 1 transaction telah di buat di City Chan KLIA2 menggunakan credit card nama encik amount RM3,972.00. Terus aku cakap kat dia tolong reject transaction tu, block dan cancel terus kad tu. Aku ade kat ofis di cyberjaya sekarang ni. Aku tak penah apply pun credit card RHB. Pastu dia cakap, ok encik, saya dah reject transaction tu dan block untuk next transaction. Pastu dia cakap dia tak boleh cancel kad tu sebab dah ade outstanding amount RM8,236.80. Dia kata, kalau encik tak pernah apply credit card RHB, maknanya butir-butir peribadi encik telah dicuri. Dia nasihatkan kat aku untuk buat report kat Bahagian Laporan Bank Negara Malaysia. Then, dia bagi detail kredit kad RHB tu untuk memudahkan aku buat laporan. Kad encik telah di apply di kaunter promosi Lot 10, jalan bukit bintang. No kad 4570 6663 8415 5009. Pastu dia terus bagi nombor BNM kat aku 1-800-818-548. Aku pun ucap terima kasih la kat dia, memudahkan keje aku dari nak cari nombor BNM. Aku pun tanya nama encik sapa? Dia jawab nama saya Wong Chee Wai No. Pass 806681. Pastu aku ucap terima kasih sekali lagi kat dia dan letak telefon.
Aku pun terus call nombor yang dia bagi tadi tu. 1-800-818-548. Automatic machine yang jawab. ‘Terima kasih kerana menghubungi Bank Negara Malaysia Telelink. Untuk makluman anda, panggilan anda akan dirakamkan. Sila tekan 1 untuk perbankan, tekan 2 untuk insurans, tekan 3 untuk pentadbiran tukaran asing, tekan 4 untuk perkara berkaitan laporan kredit, tekan 5 untuk perusahaan kecil dan sederhana tekan 6 untuk hal-hal lain’.
Aku pun tekan 6, dan sorang laki cina jawab panggilan aku. ‘Selamat pagi, bahagian laporan. Aku pun cerita la kat dia pasal kes aku tu. Dia cakap dia akan amik report dan nanti kes aku ni akan disiasat oleh pegawai penyiasat. Masa nak buat laporan ni, dia cakap aku kena ikut prosedur dia, panggilan ni akan dirakam dan tak boleh dengar bunyi bising, dan aku tak boleh cerita kat sesiapa selagi siasatan belum selesai.
Start masa ni dia tanya pasal detail banking aku. Dia cakap nama dia Thong Kar Meng. No pass RF/99171. Dia tanya aku ada buka akaun bank mana, debit/credit card, personal loan, tabung haji, asb dan investment unit trust. Aku pun main bagi je detail semua tu kecuali no akaun tabung haji dan asb sebab buku ade kat umah. Sepanjang perjalanan siasatan kes ni, dia cakap semua deposit banking akan dijamin oleh insurans PIDM. Pastu dia cakap, akaun bank dan debit/credit card aku dibekukan dan kalau aku nak buat transaction kena call dan inform diorang dulu takut orang lain yang buat transaction. Aku pun ok je la.. Dah abis buat report, dia bagi no report kat aku. WP/204271/17-BNM dan kes aku akan disiasat oleh pegawai mana tak tahu lagi. Dia suruh aku tunggu call ja. Aku pun cakap, harini sembahyang jumaat. Nak call pun lepas sembahyang jumaat la. Dia cakap ok.
Lepas sembahyang jumaat, masa kat kedai makan pukul 2.41 ptg aku dapat call dari nombor 1-800-818-549. Dia memperkenalkan diri dia officer Soo Chin Hong dari BNM yang mengendalikan kes aku. Dia cakap hasil siasatan memang ada kes fraud credit card. Dia nasihatkan aku supaya pegi atm mesin bank islam yang terdekat untuk update barcode pin number sebab aku ade saving dalam tu. Dia cakap, nanti kalau dah sampai, call dia. Dia akan guide aku camna nak update.
Aku pun terus gerak ke atm machine bank islam cyberjaya. Dah sampai, aku pun call dia dulu. Dia cakap, sebelum buat proses tu, aku kena ikut beberapa prosedur dulu. yang pertama, aku kena fokus dekat atm machine sahaja, yang kedua, kalau keluar apa-apa slip, aku kena simpan, yang ketiga, kalau ada orang belakang @ kawan ganggu, jangn layan lagi. Fokus dekat atm dulu.
Aku pun confident masuk terus ke atm machine masuk kad dan pin, pastu ikut arahan dia, dia suruh select English supaya memudahkan keje dia nak guide aku. Aku pun layan, ikut punya ikut, dia soh check balance.. pastu kuar slip. Dia soh baca amount dari belakang ke depan. Aku pun layan. Next, ikut arahan dia, tengok-tengok dia soh upgrade transfer limit pilih yang maksimum RM30,000.00. Aku pun layan. Duit aku tak de la sampai banyak tu. Pastu ikut lagi arahan dia, tengok-tengok dia pilih instant transfer ke RHB. Layan lagi, keluar number akaun, dia soh aku masukkan kod. Dia cakap ni bukan no akaun tapi no kod. Dia soh masukkan kod 11820000088212. Keluar la nama Mohd afiq. Dia cakap ni pegawai RHB yang handle kes aku. Aku layan lagi, keluar soh masukkan amaun, dia soh masukkan kod. Aku pun layan, tengok-tengok dia soh masukkan kod sama macam baki aku. Aku dah pelik, tapi aku layankan juga sebab aku tau kalau transfer pun mesti reject sebab atleast nak kena ada baki dalam akaun aku baru lepas transaction tu. Then dia soh tekan confirm, aku pun tekan. Keluar slip, memang rejected la. Aku cakap kat dia, rejected, dia cakap kat aku you ada salah masukkan code number kot. Dia soh repeat lagi proses yang sama kali ke 2. Sama gak, rejected. Aku macam terpukau jadi bodoh kejap, kali ke 3 dia soh try, aku layan lagi, pastu aku perasan dia kurangkan kod tu supaya baki aku tinggal RM20. Aku masukkan juga, pastu keluar kat screen Proceed @ Cancel. Then aku cakap kat dia, aku tak nak tekan proceed. Aku nak call bank negara dulu. Dia dah start berkeras soh aku tekan juga. Terus aku tekan cancel dan matikan phone.
Aku terus masuk dalam bank islam jumpa pegawai kat depan tu nak minta no tepon bank negara. Dia tanya kenapa encik, aku pun cerita la benda apa yang dah jadi kat aku. Dia tanya, encik dah transfer ke, aku cakap tak. Dia cakap Alhamdulillah, tu semua scam encik. Berpeluh kejap aku. Bersyukur sangat Allah masih lagi memelihara aku dari terkena tipu semalam. Aku rasa macam kena pukau pun ade. Modus operandi diorang memang sangat licik.
yang pada awalnya kata ada orang guna credit card RHB atas nama aku tu semua tipu ja. Dah tak pasal-pasal semalam juga aku block semua debit/credit card aku dan buat replacement baru.
Buat sudara mara ku; sahabat handai ku, rakan-rakan FB atau sesiapa saja, hati-hati la dengan sindiket ni. Licik sangat.
0 comments:
Post a Comment