Thursday, 2 March 2017

“Saya Takda Buku, Ayah Belum Dapat Gaji Lagi” Luahan Pelajar Ini Buat Guru SAYU !!!


Masa aku masuk ke dalam sebuah bilik darjah tingkatan satu minggu lalu, aku memulakan pengajaran tentang Koordinat seperti biasa. Aku selalunya akan semak setiap murid dan pastikan mereka semua ada buku… hingga ke seorg murid yg duduk belakang skali. Wajahnya kelam. Aku perasan dia seperti Tiada minat dlm topik yg di bincangkan.

Aku pun bertanya”

“buku kamu mana?”

Dia diam..

“Cikgu tanya ni, buku mana?”

“Takde cikgu”

“Tinggal kat rumah atau mmg tak beli lg?”

” takde beli lg cikgu”

“Skrg ni dah bulan dua… dh tertinggal banyak kamu ni. Kenapa tak beritahu cikgu?”

“Ayah kata, belum dapat gaji cikgu. Ayah kata kalau ayah dah gaji nanti, ayah akan belikan buku. ” dia tunduk. Hati aku rasa di robek.

“Baik.. pastikan kamu ada buku supaya tak tertinggal lg”

Dia angguk lemah , wajahnya masih kelam…

Aku meneruskan pengajaran ,kerongkong aku rasa kelat dan pahit sekali. Masa ni aku rasa nak pang mulut laju-laju sebab marah dia tak ada buku.

Bukan apa, kalau nama nya subjek geografi, ada kala murid sambil lewa kdg² jawab kita dengan selamba “tak bawa cikguuu , kat gumahhh, cia cia cia”
.
Esoknya, Aku pun meminta pd guru kooperasi untuk membawakan aku sebuah buku Aktiviti Geografi dari kooperasi.

Waktu terakhir hari itu, aku masuk lagi ke bilik darjah itu. Aku pun seperti biasa. Tawaf keliling bilik darjah n melihat setiap anak muridku agar mereka bersedia. Sampai kepada murid itu, aku berhenti dan ku serahkan buku itu kepadanya. Dia terkejut. Aku katakan padanya “awak pakai buku ni ya?”

Dia mengangkat wajahnya.. matanya bercahaya, ada riak gembira di wajahnya. Terus dia mengangkat beg dan bukunya ke meja kosong di hadapan sekali. Dan mengambil bahagian dlm pelajaran dgn baik dan sangat responsive. Malah semua soalan di jawab dengan baik dan bersemangat.

Tamat kelas hari itu dan selepas mengucapkan terima kasih kepadaku. Dia mengejarku dari belakang utk memulangkan buku itu kepadaku. Ku katakan padanya,

“Simpan baik2.. cikgu beri kpd awak. Janji, belajar elok2”

Dia meloncat gembira. “TERIMA KASIH CIKGU!!!” Tiada lagi awan kelam dan mendung di wajahnya.
.
Aku menuruni tangga dan memandang kembali saat aku seusia dia. Cikgu juga pernah susah dulu, i know how it feels to be in your shoes… terima kasih mak n ayah. Berhabis dan berkorban utk aku suatu masa dulu.

Apa lah sangat senaskhah buku kalau nak dibandingkan dengan semua topik yang sudah tertinggal.. sy harap semua anak murid saya menjadi anak yg cemerlang dunia dan akhirat.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive