Saturday, 4 March 2017


ANAK YG SERING MEMAKI BAPAKNYA KEMUDIANYA DITIKAM BERKALI-KALI OLEH BAPAKNYA KERANA SAKIT HATI!
MATARAM, INDONESIA - Seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dibunuh bapa kandungnya sendiri, Jumaat lalu. 
Dalam kejadian jam 12.00 tengah hari, suspek, Ahmad Subhan, 48, menghampiri anaknya, Muhammad Albani, 8, yang sedang tidur di ruang tamu lalu menetak leher mangsa dengan menggunakan parang menyebabkan mangsa maut serta merta.
Suspek kemudian memanggil isterinya yang tidur di dalam bilik dan mengatakan bahawa anak mereka sedang menangis. Melihat anaknya berlumuran darah, si ibu terus menjerit sebelum jiran datang membantu membawa mangsa ke hospital. Namun mangsa telah meninggal dunia. 
Suspek juga dilaporkan pengsan selepas kejadian itu. Sebaik saja tersedar, suspek mengakui melakukan pembunuhan itu.
Susulan kejadian itu, suspek ditahan polis dan motif kejadian masih dalam siasatan. 
Ketua Pesuruhjaya Polis Haris Dinzah berkata, suspek telah ditahan susulan kejadian itu dan masih dalam keadaan murung. Pegawai penyiasat masih belum dapat merungkai motif pembunuhan tersebut. 
Lapor portal berita Indonesia, suspek yang menyesal dengan perbuatannya itu bagaimanapun mengaku berbuat demikian dalam keadaan sedar dan tiada mendengar sebarang bisikan suara yang mendorong kepada tindakannya itu. 
Tempat mangsa berusia 8 tahun yang sedang tidur ditetak bapanya dengan parang | Foto - Netizen Indonesia
"Saya sakit hati, dia satu-satunya anak lelaki saya dan sayang sangat menyayanginya. Dia sering memaki saya dengan kata-kata kotor. Dia selalu berbuat demikian padahal dia masih kecil. 
"Tidak pernah terfikir akan melakukannya (pembunuhan tersebut). Selama ini tak pernah juga memukulnya. Tetapi setiap nasihat yang saya berikan, selalu dibalas dengan kata-kata tidak sepatutnya yang membuatkan emosi saya adakalanya marah," kata suspek. 
Suspek yang dikhabar kerap menjadi imam di masjid kampungnya, tidak menolak kemungkinan anaknya bersikap kurang ajar seperti itu berpunca dari pergaulan dengan rakan-rakannya. 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive