Friday, 3 March 2017

ERGHHH..!!!! RESTORAN MAMAK,,NAK BAGI TAHU TAKUT FITNAH PULA..SEORANG WANITA PEKENA NASI KANDAR..MAKAN DAH SEPARUH BARU MATA DAPAT KESAN DIA TERMAKAN SARUNG IRGHH JIJIKNYA.

wanita tak sedar termakan sarung najis dalam restoran mamak
wanita tak sedar termakan sarung najis dalam restoran mamak |Perlis: Seorang wanita muntah-muntah apabila menyedari kari ayam yang dimakannya mengandungi satu sarung najis ayam di sebuah restoran mamak nasi kandar di sini.
Wanita yang dikenali sebagai Aishah Harun itu yang berasal dari Kedah, telah memuat naik beberapa gambar di media sosial yang diambilnya ketika makan di restoran mamak berkenaan.
Melalui perkongsiannya, dia menyatakan kekesalannya dengan insiden ini. Dia juga mendakwa telah muntah-muntah akibat termakan masakan yang dimasak bersama sarung najis ayam tersebut.
Menurut Aishah, dia bersama suaminya pergi ke restoran nasi kandar terbabit untuk menjamu selera. Setelah nasi hampir habis, dia ternampak sesuatu yang mencurigakan dan menganggap objek itu adalah daging atApabila dia amati objek tersebut dan mengoreknya, amat mengejutkan dia menemui sarung najis ayam dan dia sedar objek itu adalah sarung najis ayam yang dimasukkan ke dalam kari yang dimakannya bersama nasi.
Aishah juga memberitahu sekiranya sarung najis ayam itu pecah bermakna keseluruhan masakan berkenaan akan dikotori dengan najis ayam, jijik dan meloyakan.
Aishah juga berkata, “ini baru yang kita nampak, yang lain kita belum nampak lagi’, ujar Aishah yang telah serik untuk menjamah nasi kandar di masa depan.
Diharap pihak berkuasa dapat membuat siasatan dengan segera supaya perkara seperti ini tidak lagi berlaku terhadap pelanggan-pelanggan lain .

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive