Saturday, 4 March 2017

Ada yang saya lihat seorang daripada aktivis itu gayanya macam ustazah dan seorang lagi berambut putih (Siti Kassim) tapi saya tak tahulah dia daripada mana


(Video) Fathul Bari Sedia Atur Debat Antara Dr Zakir Naik Dengan Siti Kasim

KUALA LUMPUR: Pegawai Khas Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahaya dalam satu temubual hari ini telah mengutarakan cadangan supaya peguam Siti Kassim bersesi dialog dengan penceramah terkemuka dunia, Dr Zakir Naik, lapor Suara.tv.
Beliau telah berkata demikin bagi mengulas mengenai dakwaan beberapa orang aktivis sebelum ini yang mendakwa Dr Zakir Naik sebagai pengganas yang mengancam keselamatan negara.
“Dia masih tidak mengenali siapa Dr Zakir Naik. SayAtura boleh aturkan pertemuan itu (untuk sesi dialog beragama). Saya bukanlah PA dia, tapi saya kenalan dia. Ada yang saya lihat seorang daripada aktivis itu gayanya macam ustazah dan seorang lagi berambut putih (Siti Kassim) tapi saya tak tahulah dia daripada mana,” katanya.
Katanya, jika pada zaman Rasulullah s.a.w dahulu, sesi dialog agama sangat diunjurkan untuk kita saling mengetahui berhubung agama lain.

“Saya mohon kepada aktivis-aktivis ini sekiranya ada dalam kalangan orang Islam, agar mereka ini pergi bertemu dengan Dr Zakir Naik,” katanya yang turut menyifatkan aktivis yang ‘mengutuk’ dan mahu menangkap penceramah bebas, Dr Zakir naik sebagai kurang bijak.

Sebelum ini beberapa orang aktivis telah memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan dan empat yang lain untuk mendapatkan perintah mahkamah bagi mengisytiharkan pendakwah Dr Zakir Naik sebagai ancaman kepada ketenteraman awam, moral, ekonomi, keharmonian sosial dan pendidikan negara.
Plaintif terdiri daripada peguam, aktivis hak asasi manusia, ahli perniagaan dan juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy dan juga pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf).
Mereka yang lain termasuklah aktivis Dr Lim Teck Ghee, Datuk Dr Jeffrey Kitingan dari STAR (Parti Solidariti Tanah Airku) Sabah dan peguam Siti Zabedah Kassim. - Siakapkeli.my

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive