SETIA ITU SUKAR CURANG ITU MUDAH
TeRdAPAT PeTAnDA YG SuAmI / IsTeRI MuLA ''CURANG''
Isu poligami dan kejadian suami berpoligami tanpa pengetahuan isteri yang kerap berlaku. Ini boleh berlaku kepada semua orang, miskin kaya, tua muda, cikgu, doktor, artis, peguam, kerani dll.
TeRdAPAT PeTAnDA YG SuAmI / IsTeRI MuLA ''CURANG''
Isu poligami dan kejadian suami berpoligami tanpa pengetahuan isteri yang kerap berlaku. Ini boleh berlaku kepada semua orang, miskin kaya, tua muda, cikgu, doktor, artis, peguam, kerani dll.
Dalam islam, lelaki dibenarkan kahwin empat perempuan pada satu masa. (Surah An-Nisa’ :3). Di Malaysia, lelaki yang ingin berpoligami hendaklah memohon kebenaran terlebih dahulu sebelum berpoligami.
Ramai yang silap bab kebenaran. Ramai ingat kena minta kebenaran isteri. Sebenarnya ialah minta kebenaran Mahkamah Syariah.
Ramai yang silap bab kebenaran. Ramai ingat kena minta kebenaran isteri. Sebenarnya ialah minta kebenaran Mahkamah Syariah.
Setengah lelaki fikir bahawa hak berpoligami adalah hak mutlak, Sila baca Surah An-Nisa’ Ayat 3. Jika takut tidak boleh berlaku adil, jadi kahwinlah satu sahaja.
Apakah definasi adil? Kasih sayang memang susah nak beri secara adil. Sedangkan sayang anak pun kadang kadang ada yang terlebih dan tidak sama rata. Lelaki WAJIB adil dari segi nafkah dan giliran.
Mahkamah akan menentukan jika lelaki itu layak untuk berpoligami dari segi kemampuan lelaki itu. Permohonan berpoligami perlu dibicarakan di Mahkamah Syariah seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang Keluarga Islam Selangor, “Tiada seseorang lelaki boleh berkahwin dengan seorang lain dalam masa ia masih beristerikan isterinya yang sedia ada kecuali dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syariah…”.
Kenapa perlu minta kebenaran Mahkamah sedangkan dalam Islam dibenarkan? DI MALAYSIA, Mahkamah akan buat keputusan samada lelaki itu mengikut hukum syarak layak untuk berpoligami.
Semasa bicara permohonan, Mahkamah Syariah akan mempertimbangkan beberapa faktor iaitu pendapatan suami, sebab berpoligami, berapa tanggungan yang sedia ada seperti nafkah isteri, anak-anak dan hutang rumah dll dan termasuk juga tanggungan yang bakal ditanggungnya.
Disebabkan requirement berpoligami ialah terlebih dahulu meminta kebenaran Mahkamah, ramai lelaki yang ingin berpoligami, kahwin lari naik kereta dan perahu atau kapal terbang jika terlebih mampu ke negara lain dan setengah negeri di Malaysia tidak ada peruntukan ini. [Tidak perlu dinyatakan di negara mana, nanti ramai pula PM saya nak tahu]
Jika lelaki berpoligami tanpa kebenaran, dia telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 123 boleh dihukum dengan denda tidak lebih daripada RM1k atau penjara tidak lebih dari 6 bulan atau dengan kedua-duanya iaitu denda dan penjara.
Orang yang kaya dan berada, RM1k is nothing. Kahwin luar negara, balik hanya bayar denda. Jika hanya hukuman penjara dijatuhkan kepada pesalah poligami ini, kemungkinan besar mereka akan takut untuk berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah dan nasib isteri pertama dan anak-anak akan lebih terbela.
POLIGAMI TIDAK BERSALAH. Yang bersalah adalah suami yang berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak. Suami sepatutnya menunjukkan akhlak yang baik dan menjadi teladan kepada anak-anak.
Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda, “Orang mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya. Sebaik-baik kamu ialah mereka yang paling baik (pergaulan) dengan isterinya”.
– Hadith Riwayat Al-Tirmizi.
– Hadith Riwayat Al-Tirmizi.
Suami yang berkahwin tanpa pengetahuan isteri, sudah terang dan nyata adalah seorang yang curang dan penipu. Hak berpoligami lelaki bukan satu tiket emas untuk menghalalkan penipuan dan perbohongan terhadap isteri dan keluarga.
Masalah akan timbul apabila poligami tanpa pengetahuan isteri dan anak-anak. Semasa membantu klien membuat tuntutan harta pusaka suami, tiba-tiba dapat tahu ada permohonan lain dari isteri kedua yang juga menuntut harta pusaka suami. Luluh dan sedih hati isteri pertama apabila mengetahui selama ini dirinya ditipu oleh suami hingga akhir hayat suami.
Jika tidak mampu dari segi nafkah mana mungkin mampu dari segi kewangan untuk mendirikan keluarga baru. Gaji sebulan RM5000, Pinjaman rumah RM1500, Pinjaman kereta RM800, Tol, petrol sebulan RM300, astro, bil handphone RM300, makan minum RM700. Balance RM1400. Belum kira lagi sekolah anak-anak, tuition, simpanan, insuran medical. Jangan lupa nafkah isteri. Tanggungjawab suami bukan hanya sediakan rumah tapi juga pakaian dan barang kelengkapan isteri. Nak isteri cantik, kenalah belanja lebih. Nak kahwin satu lagi perlu bayar pinjaman rumah kedua, perlu beri nafkah kepada isteri kedua, perlu beri nakfah kepada anak-anak dari isteri kedua. Mampukah? Inilah realiti kehidupan. Be realistic. Mampukah dari segi kewangan? Jangan sampai disytiharkan bankrap kerana tidak mampu membayar pinjaman 2 buah rumah, 2 buah kereta, 2 kad kredit, serba 2. Jika 3, serba 3.
Semua kena faham dan hadam POLIGAMI dalam Islam tidak bersalah. Yang salah suami yang berkahwin lain tanpa pengetahuan isteri. Tumbuk dada, tanya isteri dan anak-anak. Jangan hanya memikirkan perasaan cinta baru hingga perasaan isteri yang telah banyak berkorban dilukai, nafkah isteri dan anak-anak terabai. Jangan ingat hanya perasaan isteri terluka, anak-anak akan turut terkesan dari segi emosi.
~Negeri-negeri yang masih belum mempunyai peruntukan undang undang berpoligami dan mengambil kira pandangan dan testimoni isteri pertama seperti di Negeri Selangor dan WP, segerakanlah mengikut prosedur negeri negeri tersebut untuk kebaikan semua iaitu nasib isteri dan anak-anak dan juga nasib bakal isteri. Kadang-kadang bakal isteri juga tidak tahu bahawa bakal suami sebenarnya sudah berkahwin.
0 comments:
Post a Comment