Gambar hiasan
Kekerapan  seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman  lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat  dilakukannya malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah  rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai.
Difahamkan,  remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah  Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak  wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah  rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai.
Ketua  Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja  terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital  Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dalam operasi cegah maksiat  pada Rabu.
0 comments:
Post a Comment