Oleh Izzah Abbasy
Private Jet Gold Digger Prank!  Sadis bunyinya. Coby Persin merupakan seorang bintang Youtube terkenal  dan seringkali memuat naik video yang mempersendakan orang di  sekeliling.
Terbaru, Persin cuba mengajak  seorang wanita yang tidak dikenali menaiki jet peribadinya untuk menguji  samada wanita itu mata duitan ataupun tidak.
Pada awal perbualan, wanita  yang dikenali sebagai Lauren tidak mengendahkan Persin dengan  memberitahu dia sudah mempunyai kekasih, namun setelah mendapat tahu  lelaki itu mempunyai jet peribadi, Lauren terus berubah karakter dan  sanggup menipu teman lelaki sendiri semata-mata ingin bersama Persin  untuk menaiki jet tersebut.
Ketika di dalam jet, Lauren  menelefon teman lelakinya dan mendakwa dirinya tidak sihat dan tidak  dapat bertemu seperti yang dijanjikan.
Persin yang mendengar perbualan  itu meminta Lauren turun dari jet dan meminta Lauren untuk mengambil  gambarnya melambai di tingkap pesawat. Apa yang mengejutkan, Persin  kemudiannya berkata "Saya tak suka wanita mata duitan, halau dia dari  sini, saya tak kenal dia"
Lauren kelihatan terpinga-pinga dan terus keluar dari pesawat itu dengan diiringi oleh dua orang kakitangan di situ.
Persin memuat naik video  tersebut dan mendapat jumlah tontonan lebih 1.7 juta. Namun, netizen  turut mengecam tindakan wanita itu yang dengan mudahnya mengikut tiga  lelaki yang tidak dikenalinya hanya kerana ingin menaiki jet. Pelbagai  kemungkinan boleh berlaku seperti dirogol, diculik dan sebagainya.

0 comments:
Post a Comment