Hantu merupakan makhluk ghaib yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar manusia. Tetapi ada sesetengah manusia yang diberi anugerah dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib.
Ada  juga sesetengah orang boleh berinteraksi dengan makhluk ghaib  terutamanya ketika merawat pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.
Tidak  hanya manusia yang bertuah sahaja dapat merasakan kehadiran makhluk  ghaib, ada juga sesetengah haiwan yang dipercayai memiliki kemampuan  untuk merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.
Haiwan-haiwan  ini juga akan berkelakuan aneh ketika merasakan kehadiran makhluk ghaib  di sekitarnya, sebagai petunjuk untuk manusia.
1. Kucing
Haiwan  peliharaan yang banyak dipelihara manusia ini merupakan salah satu  haiwan yang boleh melihat serta merasakan kehadiran makhluk ghaib di  sekitarnya.Haiwan  yang paling digemari kebanyakan orang ini akan berkelakuan aneh ketika  melihat makhluk ghaib, seperti menerkam tanpa sebab, serta melihat ke  suatu tempat sangat lama. 
2. Anjing
Selain  kucing, anjing juga dipercayai dapat melihat serta merasakan kehadiran  makhluk ghaib di sekitarnya. Diwaktu malam, anjing akan menyalak tanpa  sebab saat melihat makhluk ghaib.
3. Ayam jantan
Ayam  jantan juga merupakan haiwan yang boleh melihat serta merasakan  kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Meskipun ayam merupakan haiwan  buta pada saat malam hari tapi, jika ada makhluk ghaib disekitarnya..  ayam dapat merasakannya. Biasanya, jika ayam berkokok di tengah malam,  itu bererti ia merasakan kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya.
4. Cicak
Haiwan  kecil yang selalu ada di dalam rumah atau pun ruangan ini dipercayai  juga dapat merasakan kehadiran makhluk ghaib disekitarnya. Jika cicak  tiba-tiba saja berbunyi, itu bererti cicak sedang melihat makhluk ghaib  di sekitar ruangan atau rumah tersebut.
5. Burung gagak
Jika  di Indonesia burung gagak di percayai sebagai tanda  kematian  seseorang, di Eropah pula burung gagak dipercayai boleh melihat makhluk  ghaib disekitarnya. Masyarakat Eropah percaya bahawa jika burung gagak  ini mengeluarkan bunyi-bunyi aneh, itu bererti ia sedang melihat makhluk  ghaib disekitarnya.
Nah,  itulah dia lima haiwan yang dipercayai boleh melihat serta merasakan  kehadiran makhluk ghaib di sekitarnya. Ini hanyalah kepercayaan  sesetengah masyarakat saja dan masih menjadi misteri samada benar atau  tidak, jadi anda boleh memilih untuk percaya atau tidak. 
Buat pembela kucing, jangan pula anda tak keruan bila kucing anda tiba-tiba mengiau ditengah malam..mungkin juga si kucing anda sedang lapar atau kucing anda benar-benar takut kerana melihat................muka anda seperti hantu




0 comments:
Post a Comment