Monday 27 February 2017

(4 Gambar) Terkejut Besar Jumpa Paku Dalam Tin Air 100 Plus, Dah Minum Hampir Separuh !


Parit Buntar - Seorang pengawal keselamatan terkejut besar apabila dia telah membeli minuman berkarbonat berjenama 100 Plus dari mesin air (vending machine) di tempat beliau bertugas mengandungi sepucuk paku.
Satu perkongsian dari facebook Bagan Serai Kampung HalamanKu menyatakan seorang pengawal keselamatan yang berkerja di Kilang Simpang Lima, Parit Buntar, Perak, telah menemui paku di dalam minuman air tin yang dibelinya di mesin air yang disediakan oleh pihak syarikat di tempat beliau berkerja.
Pengawal keselamatan yang tidak disertakan identitinya itu berkata, beliau terdengar bunyi sesuatu di dalam tin minuman terbabit setelah minuman tersebut telah dihabiskannya hampir separuh.


Ekoran kejadian itu, dia merasa curiga lalu menuang air minuman berkenaan ke atas lantai di hadapan rakan-rakan setugasnya. Alangkah terkejutnya apabila dia mendapati sebatang paku bersaiz kecil terdapat di dalam minuman air tin tersebut.
Disebabkan kejadian itu, dia merasa tidak berpuas hati dan mengharapkan penjelasan sewajarnya dari pihak syarikat yang berkaitan mengapa paku seperti itu ada dalam minuman tin berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive