Dua tahun saya di Korea. Waktu mula-mula ke sana dulu, saya masih lagi seorang K-popper. Dan masih lagi hanyut di dalam dunia hijabista.
"What do you like about Korea?" Satu hari professor saya yang berbangsa Korea berbasa-basi dengan saya.
"Oh,  I really like the music. I'm a fan of Big Bang." Jawab saya beria-ia.  Sambil tersengih macam kerang busuk. Waktu itu umur saya dalam 26 tahun.
"Really?  I don't know that. I don't listen to the young people's music, because I  cannot understand them." Sekali lagi saya tersengih. Rasa macam bom  pulak jatuh atas kepala. Adehh..
Empat bulan pertama, saya mula dinampakkan dengan 'Korea yang sebenar'. Perasaan saya terhadap Korea, kalau dalam bahasa orang putihnya, mulai ‘bitter'.
Tidak  dinafikan, Korea ada kemajuan dan banyak kelebihan berbanding  kebanyakan negara Islam sendiri, termasuklah Malaysia. Bab keselamatan,  memang superb. Bab disiplin, memang power. Pengangkutan awam mereka,  sangat reliable, selesa dan menepati masa. Dan mereka amat bangga sekali  dengan produk keluaran negara mereka sendiri berbanding produk dari  luar. Walaupun, ianya cuma sekeping pizza.
Dan  pengalaman saya sendiri sebagai satu-satunya 'bunga' di dalam makmal di  universiti saya, saya memang amat 'dimanjakan' oleh oppa-oppa dan  dongsaeng saya. Mereka amat suka membantu, dan bila saya nampak macam  bersedih (kadang-kadang ada jugak waktu monyok sebab homesick hihi),  semua orang akan 'menyebok'. Itu, memang saya tidak nafikan.
Tetapi di sebalik semua itu, inilah satu lagi wajah Korea yang saya kenal.
'Why you are praying? You are wasting your time. Don't pray."
"You can go out with me if you want. But please remove this (sambil mencubit hujung tudung saya).”
Beberapa kali, agama saya diprovok. Kalau tak sabar, memang boleh bergaduh sebenarnya duduk di Korea ni. Hihi.
Paling  saya tak gemar, dari hari Isnin sampailah ke hari Jumaat, mereka akan  bekerja bermati-matian. Sampai ke tengah malam buta.
"You  have to stay in the lab, you cannot go home, not until our professor  goes home. If he goes at 1 am, then you can go. In the mean time if you  already finished with your work, you can watch movie or do whatever you  like. Just, don't go home early." --> Budaya kerja dan budaya  bodek yang agak ekstrem pada pandangan saya. Kalau balik awal akan  dianggap sebagai pemalas, tak guna dan tak buat kerja. Setahun kena  umpat tak habis.
Senior  di makmal sebelah saya pula, dah nampak macam kura-kura sebab hari-hari  asyik kena tengking dan maki dengan profesor. Mujurlah, Allah beri saya  profesor yang sangat baik. Alhamdulillah.
Tiba  malam Jumaat, masa untuk mereka enjoyyyyy!!! Waktu untuk minum (serta  makan babi bakar; makanan kegemaran orang Korea) dan bergembira dengan  kawan-kawan.
Yang  lebih veteran dan ada anak bini, masuk kelab yang bercermin gelap.  Layan perempuan juga mungkin. Apedehal dengan anak bini. Dah penat  kerja, enjoylah pulak kan.
Lepas  tengah malam, bersepah-sepah Korean yang mabuk. Membebel-bebel tak tahu  butir bicara. Lembik kaki dipapah kawan-kawan. Akhirnya terlentang  tidur atas jalan raya.
Hari  Isnin nak ke makmal, sisa muntah bersepah-sepah. Tepi jalan. Dalam  terowong. Geli!! Sampai di makmal, bau mulut sorang-sorang ya Rabbi!!  Sebatu dah bau arak. Stres.
Dan  jelak. Saya amat jelak sekali dengan semua itu. Mujur Allah hantar saya  ke sana. Kalau tidak, mungkin sampai ke hari ini saya masih lagi  hanyut. Sebagai K-popper dan hijabister tegar.
Universiti  saya sendiri, memang terkenal sebagai universiti artis. Sebab  universiti kami ada fakulti seni yang bagus. Jadi ramai artis yang  belajar di sana.
Mungkin  sekali atau dua kali setahun, akan ada mini konsert. Mujurlah, waktu  itu hati saya sudah tawar dengan K-pop. Pernah juga diajak ke konsert  artis Korea, tapi mujurlah Allah beri kekuatan kepada saya untuk  menolak.
Entahlah. Saya jemu. Jemu dengan hidup yang sebenarnya penuh dengan ke'hipokrit'an. Totally plastik.
Bercakap  pasal plastik, di fakulti saya, ada dua orang Korean yang merupakan  sahabat saya sendiri yang telah melakukan pembedahan plastik. Bahkan dah  jadi kebiasaan bila ibubapa hadiahkan anak mereka dengan tajaan  pembedahan plastik di Korea.
Sebab  dengan cantik, hidup akan jadi lebih mudah. Lebih ramai kawan. Lebih  senang dapat kerja. Lebih ramai calon untuk dipilih sebagai suami atau  isteri. Pendek kata bila cantik, hidup akan berubah lebih baik.
Dan tahukah anda? Boleh dikatakan 99% artis Korea yang 'comel' tu semuanya buat pembedahan plastik.
Bagi  setiap artis Korea, paling tidak mereka memerlukan masa 1 ke 2 tahun  untuk menyempurnakan diri sebelum mereka debut sebagai artis. Latihan  tarian, nyanyian, lakonan dan juga pembedahan plastik. Kerana bagi  mereka, entertainment is a serious business. And fast money. So  everything must look perfect.
Jadi hidung yang mancung, dagu yang tirus, mata yang bulat, bibir yang mungil, itu semua sebenarnya FAKE!!
Jadi please... Mohon jangan buang masa tertipu dengan semua itu.
Lagi  budaya orang Korea, mereka amat suka bergosip. Tidak kiralah samada  lelaki mahupun perempuan. Boleh bayangkan tak, oppa-oppa tu semua  bersidai ramai-ramai (kalau kat Malaysia ni macam makcik-makcik yang  selalu mesyuarat tingkap kat tepi longkang di petang hari tu), pastu  potpet potpet mengumpat. Ya Allah, buruknya rupa.. Sungguh gelimat.  Dekat makmalpun jadi dorang ni.
Letih  sebenarnya saya. Letih dengan semua itu. Sebab itulah saya kembali  semula kepada Islam. Waktu itu mata saya betul-betul terbuka. Ceh,  sebelum ni ingatkan best sangatlah Korea tu kannn..
Betapa,  syukurnya saya dipilih oleh Allah dan dilahirkan sebagai seorang Islam.  Alhamdulillah, syukur. Syukur saya tak perlu strive gila-gila untuk  hidup semata-mata untuk diterima macam orang Korea. Tak perlu jadi  cantik, pandai atau kurus.
Syukur  sebab dengan Islam, kita cuma perlu jadi diri kita sendiri dan cuma  perlu taat perintah Allah sahaja untuk dapat syurgaNya.
Inilah, sedikit perkongsian tentang sebahagian daripada wajah yang saya kenal. Renung-renungkanlah.
Mana yang baik datang daripada Allah. Yang buruk daripada saya. Wallahu'alam. Wassalam.
Salam sayang,

0 comments:
Post a Comment