Tuesday 28 February 2017

AARON AZIZ ALAMI SAKIT SENDI TENGKUK SEKALI LAGI

Pelakon kelahiran Singapura, Aaron Aziz kembali menderita sakit sendi tengkuk hingga dia terpaksa menggunakan penyokong leher.
Pengurus dan juga isterinya, Diyana Halik berkata, biarpun dalam keadaan sakit, suaminya itu terpaksa ke India untuk penggambaran filem Rabu ini.
"Dulu suami terkena masalah sama ketika penggambaran Fear Factor Malaysia dan dia diberikan suntikan steroid. Sekarang masalah itu berulang dan dia pula perlu ke India," katanya ketika dihubungi.
Klik untuk gambar besar
Semalam, pelakon drama 'Isteri Tuan Ehsan' itu memuatnaik gambar dia memakai penyokong leher di Instagram.
Pada 2013, Aaron dilaporkan mengalami sakit sendi tengkuk selepas terbabit dalam kemalangan ketika penggambaran Fear Factor Malaysia.
Selain itu, Aaron juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat kecederaan ketika di lokasi penggambaran.

Sumber: Harian Metro 
Foto: Aaron Aziz IG

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive