Ketika  tu pukul 230 pagi, penduduk kampung di Alor Gajah yang hairan apabila  kereta myvi tu berhenti tepi jalan tampil ingin bagi bantuan terkejut  apabila mendapati sepasang kekasih sedang berasrama sebelum tiba-tiba  pemandu kereta Myvi tu......
Kantoi  Asmara Dalam Myvi. Tindakan Wanita Bertudung Dan Pasangannya Buat Ramai  TAK SANGKA !!! | Alor Gajah: Tersentak melihat kehadiran penduduk  kampung, sepasang kekasih yang asyik memadu asmara dalam sebuah kereta  bertindak nekad mengundurkan kenderaan sejauh kira-kira 200 meter  sebelum merempuh tiang dan masuk ke dalam longkang di Jalan Sungai  Ragok, Ayer Paabas di sini, awal pagi semalam.
Dalam  kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, pasangan masing-masing berusia 20  tahun itu memberhentikan kereta Produa Myvi di bahu jalan di kawasan  kampung berkenaan.
Menurut  sumber, beberapa penduduk menyedari kereta berkenaan berhenti dan  mematikan lampu kesemua lampu hingga menimbulkan kecurigaan.
“Bimbang  berlaku sesuatu yang buruk berlaku, beberapa penduduk kampung menaiki  kereta dan motosikal menghampiri kenderaan itu untuk menghulurkan  bantuan.
“Penduduk  mendapati tempat duduk pemandu dan penumpang direbahkan dan melihat  pasangan itu leka bergomol dan berpelukan di dalam kereta dengan seluar  pasangan terbabit separuh terlondeh.
“Penduduk  menghubungi pegawai syarak kariah kampung dan seorang penduduk menyuluh  ke dalam kenderaan menyebabkan pasangan yang sedang asyik dibuai asmara  itu terkejut.
“Wanita  berkenaan menekup mukanya manakala lelaki terbabit mengangkat kepala  tanpa menaikkan tempat duduk dan terus menekan pedal minyak menyebabkan  kereta bergerak laju secara mengundurkan tanpa menyalakan lampu,”  katanya ketika ditemui di tempat kejadian, pagi semalam.
Sumber  itu berkata, beberapa ketika kemudian kedengaran dentuman kuat  kira-kira 200 meter dari tempat kejadian sebelum penduduk kampung  mendapati kenderaan dinaiki pasangan kekasih terbabit terperosok di  dalam longkang di kiri jalan selepas merempuh tiang telekomunikasi.
“Tiang  telekomunikasi berkenaan tercabut dan patah dua manakala kenderaan  dinaiki pasangan terbabit remuk di bahagian belakang dan pasangan itu  keluar dari kenderaan berkenaan,” katanya.
Menurut  sumber, pasangan kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Negeri  Sembilan dan penuntut wanita di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam  (IPTA) di sini, memberi alasan tinggal berjauhan dan bertemu untuk  bersiar-siar sebelum berhenti di tepi jalan kerana mengantuk dan  terlelap di situ.
Menurut  Imam (1) Kariah Masjid Bukit Saga, Ayer Paabas Shaari Samah, pasangan  terbabit masing-masing berusia 20 tahun ditahan kerana berdua-duaan di  dalam kereta di kawasan sunyi dipercayai kedua-duanya dalam keadaan  separuh bogel.
“Pasangan  terbabit mendakwa tersalah jalan dan terlelap ketika berhenti di tempat  kejadian. Selepas diperiksa, mereka didapati tidak memiliki sebarang  dokumen pernikahan dan dibawa ke Balai Polis Alor Gajah untuk diambil  keterangan sebelum diserah kepada Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)  untuk tindakan lanjut,” katanya.
Ketua  Penguatkuasa JAIM, Rahimin Bani, ketika dihubungi hari ini mengesahkan  tangkapan khalwat pasangan berkenaan. KREDIT HARIAN METRO.
       
0 comments:
Post a Comment