Tuesday, 28 February 2017

10 ‘Kesalahan’ Ini Menjadi Punca Mengapa Mereka Yang Bergaji RM3,000 Masih Tidak Membeli Rumah Lagi

Gaji merupakan antara salah satu penilaian penting dalam memastikan pembiayaan, atau sesuatu pinjaman boleh diluluskan, atau pun tidak oleh pihak bank. Ia bagi memastikan peminjam masih mempunyai lebihan yang cukup untuk digunakan, setelah dipotong segala bayaran pinjaman.
Tapi, ada ketikanya bukanlah tidak mampu untuk membeli rumah, tetapi telah tersilap langkah, atau percaturan yang mana menyukarkan proses untuk membeli rumah.
Jika diikutkan, gaji RM3,000 sebulan adalah cukup untuk membeli sebuah rumah, tapi disebabkan pemikiran, juga sikap yang acuh tak acuh ini, telah membuatkan peluang untuk membeli rumah dipersiakan begitu sahaja.
Menurut perkongsian dari perunding hartanah ini, iaitu saudara Harith Faisal, terdapat 10 sebab yang mana menjadi punca seseorang itu tidak mampu lagi membeli rumah, walaupun bergaji RM3,000 sebulan.
Mari kita ikuti perkongsian darinya.
10 SEBAB ORANG BERGAJI RM3K TAK BELI RUMAH LAGI

1. Ansuran Kereta
Sebab dah terbeli kereta mahal. Ansurannya saja dah makan 30% daripada gaji dia. Belum masuk petrol, tol, servis, modify sana sini dan lain-lain. Entah-entah boleh habis 50% gaji hanya untuk kereta saja. Cubalah buat kira-kira sendiri.
2. Tiada Simpanan
Takda buat simpanan bulanan. Paling kurang, simpanlah 10% daripada gaji. Tapi dapat simpan 30% lagi bagus. RM3000 x 30% = RM900. Simpan setahun dan ada RM10,800. Simpan masa bujang lagi mudah. Sebab komitmen tak banyak.
3. Beli Rumah Mahal
Nak beli rumah harga lebih RM300K. Mungkin lepas, mungkin tak. Kalau lepas kiraan DSR, mungkin tak lepas kiraan NDI. Kalau lepas pun, masalah kat modal pula. Jadi rendahkan sikit bajet tu. Beli rumah sekitar RM150K pun dah okay.
4. Rumah Low-Cost Tidak Dipandang
Tak pandang langsung rumah lowcost. Reban ayam katanya. Takpun rumah burung sebab design kotak. Dia tak tahu kot rumah lowcost ni berebut orang nak bida kalau dah masuk lelongan. Lagi-lagi kalau lokasi hot, dekat dengan LRT, MRT, hospital.
5. Pemikiran Yang Salah
Masih berfikir orang gaji RM3,000 tak mampu beli rumah. Bagi dia, orang yang beli rumah adalah orang-orang kaya. Padahal kalau tahu caranya, gaji RM2,500 pun dah boleh beli rumah. Rugi kalau masih macam tu fikirnya. Takkan gaji RM5,000 baru nak beli rumah.
6. Tunggu Skim Perumahan 
7. Menunggu Yang Tidak Pasti
Orang yang bergaji RM3,000 tak layak dapat BR1M. Oleh itu, memang sukar nak adakan simpanan. Ada orang kata, BR1M tu boleh tampung kos sara hidup yang kian meningkat hari demi hari. Setahun pun boleh tahan. Tak taulah siapa yang kata, kan.
8. High Expectation
Mak bapak tak bagi beli rumah cikai-cikai, paling kurang nak rumah bertanah. Bagi mereka, kerja anak mereka sebagai eksekutif di kota metropolitan Kuala Lumpur bergaji besar. Walhal sekitar RM3,000 saja. Itulah, sapa suruh bergaya macam orang kaya sangat.
9. Ingin Menyewa Sahaja
Lebih selesa menyewa bilik RM500 sebulan daripada beli rumah RM160K dengan bayaran bulanan hanyalah RM750. Tak salah pun sewa bilik tu, tapi sambil sewa bilik, kenalah ada rumah sendiri juga. Rumah sendiri, sewakan kat orang lain.
10. Kehidupan Mewah
Graduan gaji RM3,000 biasa rasa gaji dia dah cukup besar. Iya, fresh graduate nak dapat gaji mula RM3,000 memang sangat payah. Jadi bila dah dapat, mulalah nak impress orang lain dengan kehidupan mewah, travel sana sini, kereta best.
Ada juga situasi yang mana mereka anak sulung yang ada komitmen tinggi kat keluarga masing-masing. Kita tak nafikan memang wujud orang macam tu. Kita doakan semoga setiap orang dapat memiliki rumah sendiri suatu hari nanti.
Kalau memang dah usaha sehabis baik, masih tak mampu memiliki rumah, jangan buruk sangka dengan Allah. Pasti ada hikmahnya. Allah akan gantikan dengan perkara yang lebih baik. Masanya pasti tiba. Jangan putus asa.
Rumah memang tak wajib kau beli. Tapi bila kau beli rumah, kau akan rasa tenang, tak perlu menyewa lagi. Kalau kau sebagai ketua keluarga, kau tak perlu risau lagi jika ajal menjemput. Sekurang-kurangnya, isteri, anak kau dah ada tempat berteduh.
Kalau kau tak mampu beli rumah sebab kesilapan kau sendiri dalam mengurus duit, ditambah pula dengan dosa-dosa kewangan yang kau lakukan dengan kerelaan sendiri, mohon insaf. Semua orang ada zaman jahiliah kewangan. Hijrah segera!

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive