India, 31 Julai - Satu video viral yang merakamkan saat sebuah telefon pintar meletup, mengeluarkan percikan api dan terbakar ketika digunakan mendapat perhatian dunia.
Menurut pemilik telefon berkenaan, Ajay Raj Negi, telefon Xiaomi Mi4i miliknya itu meletup di dalam pejabatnya dalam insiden yang berlaku pada 16 Julai lalu.
Menerusi rakaman video yang berdurasi 41 saat itu, kelihatan Ajay sedang bermain telefonnya sebelum dia tiba-tiba melompat dari kerusi dan melempar telefon bimbitnya itu. Kemudian, telefon itu mula memercik api sebelum terbakar.
Tiada yang dilaporkan cedera dalam insiden berkenaan.
Ajay juga ada menyatakan bahawa dia membeli Mi4i itu menerusi Flipkart.
Setakat ini masih belum pasti punca kejadian itu berlaku.
Susulan kejadian itu, Xiaomi membuat telah pun membuat kenyataan rasmi dan berkata pihaknya akan menyiasat perkara tersebut disamping menggantikan telefon terbakar itu dengan yang baharu.
"Kami memandang kejadian itu secara serius dan sudah pun memulakan siasatan. Kami telah berhubung dengan pelanggan yang terbabit dan akan mendapatkan perantinya(yang terbakar) minggu ini untuk siasatan lanjut. Dalam masa yang sama, kami juga telah menawarkan sebuah telefon ganti untuk pelanggan itu", kata Xiaomi sebagaimana lapor XDA Developers
0 comments:
Post a Comment