Tuesday, 28 February 2017

Kenapa Seorang Bapa Bertindak Gila Memasukkan Bayinya Ke Dalam Peti Sejuk...??

Seorang bapa bertindak gila dan tak munasabah selepas tertinggal bayi perempuannya yang  berusia enam bulan di bahagian belakang van selama empat jam dengan cuaca panas dan kemudiannya memasukkan bayi tu ke dalam peti sejuk yang kononnya nak menyelamatkannya..
Lelaki tu fikir anak dia ‘barang’ sejuk beku ke, cair jer terus dimasukkan ke dalam peti sejuk.. Macam mana lah dia boleh terfikir cara bangang macam tu, huh! Bayi malang tu meninggal dunia kerana kepanasan dalam van tu..
Sebelum kejadian, Michael Theford, 33 yang jugak bekas guru di sekolah menengah di Dallas menghantar dua anaknya yang berusia tiga dan lima tahun ke pusat jagaan kanak-kanak.. Dia kemudiannya balik ke rumah dan tidur sebentar..
Masa tu, dia tak sedar tertinggal anak dia dalam van.. Selepas dia terjaga dari tidur, barulah dia sedar anak dia lagi seorang tertinggal dalam van..
Selepas mendapati bayi tu dah tidak ada tindak balas, dia tanpa berfikir panjang terus letak bayi tu dalam peti sejuk untuk satu jangka masa..
Dia ada jugak melakukan CPR tapi still tak ada respon.. Michael kemudiannya menghubungi isterinya dan 911.. Polis yang tiba di tempat kejadian mendapati bayi berkenaan telah meninggal dunia.. Susulan kejadian tu, Michael didakwa membunuh tanpa niat..
Kejadian tertinggal anak dalam kereta memang sering terjadi termasuk di Malaysia, betul tak?? Dek kerana kecuaian mak bapak, anak pulak menjadi mangsa..

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive