Tuesday, 28 February 2017

Sayu : Ozlynn dedah kisah malam pertama dengan Johan .. ini yang mengejutkan (4Gambar)

Dalam minggu ini ada dua pasangan pelawak popular mengadakan Majlis pernikahan dan Majlis persandingan mereka iaitu Majlis Pernikahan Jep Sepahtu dan Sari Yanti  serta Majlis Persandingan antara Shuib sepahtu dan Siti Sarah.
Ini pulak kisah pelawak popular Johan dan isteri nya Ozlynn mungkin ramai yang tidak tahu, di sebalik sifat lucu dan juga bersahaja pengacara dan pelawak Johan, dia memiliki satu sisi lain.
Hal itu, kemudian didedahkan oleh isterinya, Ozlynn menerusi laman Instagram baru-baru ini. 


Dia yang berkongsi kisah malam pertamanya dengan Johan mengatakan bagaimana suaminya itu begitu menekankan al Quran dalam kehidupannya. 
“Aku tidak tahu malam pertama orang lain selepas nikah.
“Tapi malam pertama aku selepas bernikah, suami membawa Al-Quran di atas katil.
“Mesti suami aku mahu menguji sama ada aku pandai membaca Al-Quran atau tidak. Dia tidak tahu berapa kali aku sudah berkhatam,” katanya.
Katanya lagi, sejak itu menjadi rutin dia dan suaminya membaca Quran setiap malam sebelum tidur. 
“Banyak lagi kekurangan dalam keluarga kami tapi (gambar ini) hanya sekadar peringatan.
“Kalau kita boleh baca novel sehingga menangis kerana kita memahami isi kandungan tersebut, kenapa kita tidak boleh melakukan perkara yang sama kepada al-Quran? Pesanan kepada diri sendiri, anda belum lagi hebat jika tidak memahami kandungan isi al-Quran,” katanya lagi.
Semoga ini boleh di jadikan panduan terbaik untuk pasangan suami isteri yang lain demi rumah tangga yang bahagia.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive