Tuesday, 28 February 2017

Sayu : Nasihat paling " Rare " arwah Azim pada sahabat nya ..Azim lemas di Tasik diNew Zealand (8Gambar)

Alor Star : Kata-kata gurauan arwah Azim yang meninggal lemas di Tasik Karapiro New Zealand menjadi penagajaran yang cukup indah buat sahabat-sahabat nya yang akan jadi sama sepertinya berlajar di luar negara.
Melalui laman sosial nya arwah Azim ada menulis menasihat sahabat nya dengan kata-kata " Good Luck bro kat tempat orang jangan main perempuan " itu lah kata-kata paling " rare " arwah Azim buat sahabatnya.
Ibu bapa nya berkata arwah Azim memang cukup menjaga hal-hal agama dan perhubungan sesama rakan. Insya Allah, saya harapkan semua orang dapat mendoakan rohnya berada dalam kalangan orang beriman.






Jenazah pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal itu ditemukan lemas di Tasik Karapiro, Hamilton pagi ini setelah di­hanyutkan arus pukul 3.30 waktu tempatan (10.30 pagi waktu Malaysia) ketika mandi di situ, semalam.
Sementara itu, Azura memberitahu, dia ada bertanya kepada anaknya yang lebih mesra dipanggil Azim mengenai sikap pelik tersebut.
“Biasanya, kalau ayahnya masak nasi arab, dia memang suka sangat dan berselera makan. Tetapi pada hari terakhir sebelum berangkat pulang, dia tidak makan bersama kami walaupun berkali-kali dipanggil makan tengah hari.
“Keadaan itu menyebabkan saya bertanya adakah dia ‘menyebai’ (merajuk) kerana sedih nak tinggalkan kami? Dia kemudiannya sedikit membentak dan menutup mukanya dengan bantal sebelum ke dapur menikmati makanan seorang diri pada pukul 5 petang,” ujarnya.
Menurutnya, pemergian Abdul Amzar Azim memang terlalu perit untuk diterimanya apatah lagi anaknya itu baru sahaja menghabiskan cuti di kampung.
“Kami dimaklumkan mengenai kehilangannya oleh rakan Azim bernama Afzar kira-kira pukul 2 petang semalam dan menerima maklumat mengenai penemuan jasadnya kira-kira pukul 8 pagi tadi menerusi panggilan telefon daripada seorang lagi rakannya.
Semoga keluarga arwah tabah dengan kehilangan anak tersayang apa yang berlaku amat perit kerana arwah amat berat untuk kembali ke New Zealand setelah bercuti dikampung.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive