Tuesday, 28 February 2017

Terdengar tangisan, rupanya ada bayi digantung di tingkap rumah

KUALA KUBU BARU, SELANGOR - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui digantung di tingkap rumah di Bandar Utama Batang Kali, hari ini, lapor Harian Metro. 
Bayi lelaki itu ditemui oleh penghuni rumah terbabit, remaja perempuan berusia 19 tahun selepas terdengar tangisannya pada jam 7.30 pagi tadi. 
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam berkata, bayi itu ditemui dalam keadaan dibalut dengan tudung hitam dan masih bertali pusat sebelum dibersihkan," katanya. 
Tempat bayi berkenaan digantung sebelum ibunya melarikan diri | Foto - Netizen
Bayi yang dipercayai warga tempatan itu kini di bawah jagaan pihak hospital dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive