Tuesday, 28 February 2017




Setelah sekian lama membujang, akhirnya Hans Isaac, 46 tahun mengumumkan bakal berkahwin pada 29 Julai ini. Si gadis yang berjaya mencuri hatinya ialah Aileen Gabriella Robinson, 28 tahun yang juga merupakan bekas Ratu Cantik Pelancongan. Berita gembira ini telah diumumkan oleh Hans Isaac sendiri dengan ditemani bakal isterinya itu di sebuah hotel. 



Hans Isaac dan Gabriella Robinson telah pun mengikat tali pertunangan pada 29 Januari lalu di Singapura. Pastinya para peminat gembira mendengar berita ini. Pasangan ini memang sama cantik dan sama padan. Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar. Agak sweet juga kisah perkenalan mereka. Kata Hans:-

''Saya sudah melamar Gabriella pada Januari lalu di The Cathedral of the Good Shepherd Church di Singapura. Gereja tersebut merupakan tempat yang istimewa untuk saya kerana ibu bapa saya melangsungkan perkahwinan di situ.

''Kami bertemu pada tahun 2011. Saya menjadi juri untuk pertandingan ratu cantik yang Gabriella sertai. Selepas itu, kami tidak pernah bersua.

''Selepas beberapa tahun, kami berjumpa dan bersahabat. Setahun yang lalu, kami mula rapat dan menjalinkan hubungan.

''Dia sahabat baik saya, kami mengambil masa untuk berkenalan dan saya yakin dia adalah orangnya. Dia seorang yang baik dan saya sudah bersedia untuk menjadi suri hatinya''.




Tahniah buat Hans Isaac dan Gabriella. Sekali pandang seperti pinang dibelah dua. Memang matching sangat-sangat. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Sumber Mstar Online.



Foto: beritamemey.blogspot.com



Sumber asal: Beautifulnara 

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive