Monday, 27 February 2017


Lelaki Maut 30 Minit Selepas Telan Pil Kuat & Buah Ini
Niat sepasang kekasih untuk melepaskan rindu didalam sebuah bilik hotel tidak sampai ke penghujungnya apabila kekasih wanita berkenaan mengalami kekejangan dan meninggal dunia dalam kejadian yang berlaku semalam.
Saksi Sri berkata mereka datang ke hotel berkenaan kira-kira pukul 8:45 malam, pertemuan itu adalah pertemuan pertama mereka selepas menjalin cinta sejak 3 bulan lalu.
Sebelum mereka melakukan hubungan intim, mangsa memakan buah langsat dan menelan sejenis ubat perangsang seks.
Kira-kira 30 minit kemudian saksi berkata mangsa mengalami kekejangan dan matanya terbeliak serta kedua belah tangannya mengempal kesakitan. Saksi kemudian cuba memberikan air mineral namun usaha itu gagal untuk menenangkan mangsa.
Saksi yang panik terus memanggil kaki tangan hotel untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis.
Bagaimanapun pihak polis yang sampai ketempat kejadian mendapati mangsa sudah pun meninggal dunia, mayat mangsa kemudian dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.
Pihak polis yang membuat siasatan mendapati sebungkus rokok, kulit langsat didalam bilik dan bungkusan pil kuat, siasatan awal mendakwa mangsa mati akibat serangan jantung mendadak.


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive