Tuesday, 28 February 2017

WAJAH ANAK - AKIM AHMAD TETAPKAN TEMPOH SEBULAN

"Cuma apa yang mungkin dapat saya kongsikan sekarang ini, hidung dan mulut Eshaal sememangnya mengikut iras wajah saya," kata penyanyi Akim Ahmad yang enggan mendedahkan wajah anaknya kepada umum buat masa ini atas sebab-sebab tertentu.
Kata Akim, keputusan itu dibuat bukan bermaksud dia sengaja mahu menyorok wajah puteri yang diberi nama Eshaal itu, sebaliknya mereka mempunyai alasan tersendiri.
"Tiada istilah sorok wajah anak tetapi kami ambil pendekatan itu buat masa ini kerana wajah bayi sentiasa berubah-ubah dan tidak tetap diawal kelahiran.
Klik untuk gambar besar
"Justeru, saya tidak mahu mengelirukan peminat dan cuba tetapkan tempoh sebulan sebelum berkongsi wajah Eshaal di laman sosial," jelasnya ketika ditemui ketika mengadakan persembahan bersempena program Suria Jam anjuran Suria FM yang berlangsung di perkarangan LRT Avenue K.
Dalam pada itu kata pemilik nama Afiq Hakim Ahmad ini lagi, dia tidak mempunyai masalah menguruskan cahaya matanya itu biarpun belum sampai dua minggu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ayah.
"Alhamdulillah setakat ini semua berjalan lancar biarpun pada awalnya saya agak janggal nak mendukung tetapi setelah beberapa kali mencuba saya jadi seronok.
"Nak kata penat tu lumrah kerana tabiat seseorang bayi sememangnya akan berjaga malam dan tidur pada waktu siang dan saya tidak menjadi masalah untuk itu," ujarnya dalam nada seloroh.
Tambah penyanyi lagu 'Potret' ini lagi, soal menguruskan mandi dan membersih najis anak, dia mampu melakukannya dengan sempurna.
"Berkat saya azankan dia agaknya, hidung saya jadi 'kebal' dengan bau najis Eshaal dan saya tidak biarkan pembantu rumah menguruskan semua itu kerana dia ada tugas lain untuk dibuat," katanya.
Sementara itu, kata Akim dia turut bersyukur kerana ibu Stacy turut berada di rumahnya sejak awal kelahiran Eshaal sekaligus membantu memantau tempoh berpantang Stacy dengan lebih sempurna.
"Eshaal akan panggil saya daddy dan Stacy pula dipanggil Mummy. Jujur saya katakan sejak kehadirannya, saya sentiasa tidak sabar untuk pulang ke rumah.
"Malah kehadiran Eshaal juga membuatkan kakaknya (anak angkat Stacy) Bella lebih bersifat pelindung walaupun pada awalnya nampak dia sedikit cemburu bila kami 'manja-manjakan' Eshaal," tuturnya.
Tambahnya lagi, bersempena kelahiran puterinya itu juga, dia telah ciptakan sebuah lagu berjudul Anugerah yang akan menemui pendengar dalam waktu terdekat ini.

Sumber: mStar
Sumber: Stacy Anam IG

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive