Tuesday, 28 February 2017




“ABANG janji dengan angah ni last abang pergi sana, lepas ni boleh la simpan basikal abang.”

Itu kata-kata terakhir Muhammad Firdauz Danish Mohd Azahar, 16, kepada kakaknya, Nur Diayana Mohd Azahar sebelum keluar rumah berbasikal bersama sekumpulan rakan di bandar raya.

Firdauz merupakan salah seorang mangsa yang terkorban dalam tragedi meragut nyawa lapan remaja di Jalan Lingkaran Dalam berhampiran Tanah Perkuburan Islam, awal pagi semalam.

Menurut Diayana, dia tahu arwah adiknya bermain basikal dan arwah juga berjanji itu kali terakhirnya untuk pergi ke tempat itu. Namun tidak menyangka itu kali terakhir bertemu dengannya.

“Khamis lalu sebelum saya berangkat ke sana IJN (malam) untuk membawa anak saya check up, saya dah pesan pada dia agar jangan pergi ke mana-mana sebab saya tiada di rumah Jumaat ini. Tetapi arwah kata nak pergi juga,” tulisnya di ruangan Facebook.

Diayana berkata, arwah adiknya itu tidak berada di tengah jalan seperti dakwaan orang ramai, sebaliknya cuma berada di bahu jalan melihat kawan-kawannya bermain basikal.

“Tak apa, malam kejadian cakaplah pusing cerita macam mana pun, Allah itu Maha Melihat dan Maha Adil.

“Cuma rasa amat terkilan bila ada yang menyatakan mangsa tengah main lajak (basikal). Pada masa yang sama, arwah-arwah semua tengah berhenti di tepi,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi itu, kumpulan remaja terbabit dipercayai melakukan pelbagai aksi tunggangan berbahaya sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Nissan Almrera dari arah belakang oleh seorang pemandu wanita. 


0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive