![]()  | 
| Foto: Bored Panda | 
Penyayang dan sweet. Itu yang boleh diumpamakan kepada seekor kucing yang bernama Yello yang tidak meninggalkan pasangannya terkial-kial seekor diri ketika dan selepas bersalin.
Kisah manis itu dikongsi oleh pemilik kucing tersebut, Thuy Duong dari Vietnam.
Ketika pasangannya; yang bernama Tam The; melahirkan anak, Yello tidak berperangai seperti kucing-kucing lain yang hilang entah ke mana. Malah, dia menemani Tam The di sisi dan kelihatan sedikit stress di saat-saat genting itu.
Bagaimanapun, perasaan tegang Yellow akhirnya tamat apabila Tam The selamat melahirkan anak.
Lebih mengujakan, Yello turut memberi sokongan kepada pasangannya itu selepas beranak dengan menjilat-jilat sebagai tanda kasih sayang.
Menurut Thuoy Dong lagi, Yello bukanlah jenis kucing yang manja dengan orang lain. Ia hanya menunjukkan kasih sayang kepada pasangan dan juga keluarga barunya.
![]()  | 
| Yello dilihat sedikit stress ketika menunggu Tam The melahirkan anak. | 
![]()  | 
| Yello memberi sokongan kepada Tam The selepas melahirkan anak. | 
![]()  | 
| Tam The selamat menjadi ibu buat kali pertama hasil hubungan dengan Yello | 
![]()  | 
| Keluarga bahagia | 
![]()  | 
| Masa bermain dengan bapa. | 







0 comments:
Post a Comment