Saturday 4 March 2017

Sayu.!!! Bila Dapat Tahu Isteri Di Hinggap Kancer Ovari..Baru 2 Bulan Tapi Tularnya Semakin Menganas Sehingga isteri Tidak Tahan Di Buatnya..Mungkin Ianya Tiada Harapan..Awaslah.!!! Sahabat Jika Isteri Anda Mempunyai Tanda Sebegini..Bergeraklah Awal jumpa Doktor jangan Leka..

Kanser ovari terjadi apabila sekumpulan sel yang tidak normal di dalam ovari mula membahagi secara tidak terkawal dan membentuk tumour.

Kematian disebabkan kanser bukanlah sesuatu yang asing lagi dan ia menyerang tidak kira lelaki atau wanita. Namun tidak semua kanser boleh dihidapi kedua jantina. Kanser ovari merupakan salah satu kanser yang paling digeruni oleh wanita selepas kanser payu dara.
Kanser ovari terjadi apabila sekumpulan sel yang tidak normal di dalam ovari mula membahagi secara tidak terkawal dan membentuk tumor.
Ovari merupakan dua organ pembiakan wanita yang membantu mengeluarkan ova atau telur. Selain itu, ovari juga membantu mengeluarkan hormon wanita, estrogen dan progesteron.

Jenis kanser ovari

Ovari terdiri daripada tiga jenis sel. Setiap sel boleh berubah menjadi tumor yang berbeza:
  • Tumor epitelial yang terbentuk pada lapisan tisu luar ovari. Lebih kurang 90% kanser ovari yang didiagnos merupakan tumor epitelial (Epithelial tumor).
  • Tumor stromal terbentuk di dalam sel yang mengeluarkan hormon. Hanya 7% daripada kanser ovari yang didiagnos adalah tumor stromal (Stromal tumor).
  • Tumor sel kuman (Germ cell tumor) terbentuk di dalam sel yang mengeluarkan telur dan ianya sangat jarang terjadi.
Lebih kurang 20% daripada penghidap kanser ovari dapat mengesan kanser ini di peringkat awal. Apabila kanser ovari dapat dikesan di peringkat awal dan sebelum merebak ke tempat lain, 94% daripada pesakit dapat hidup lebih lama. Terdapat banyak kajian menunjukkan bagaimana cara yang baik untuk mengesan kanser ovari diperingkat awal.
Berikut adalah perkongsian bagaimana caranya untuk mengenal pasti tanda-tanda awal kanser ovari.

1. Kerap kembung, tidak hadam dan mual

Rasa kembung, tidak hadam dan mual-mual melebihi tiga minggu adalah tidak normal. Anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor anda dan nyatakan simptom yang anda alami untuk pemeriksaan lanjut.

2. Lebih kerap kencing

Sekiranya anda terlalu kerap ke tandas tanpa anda mengubah pengambilan cecair (air). Anda mungkin mahu membuat pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital.

3. Perubahan selera makan

Perubahan habit makan yang ketara seperti kurang selera makan atau cepat berasa kenyang juga merupakan salah satu simptom awal kanser ovari. Sekiranya terjadi untuk satu tempoh yang panjang (3 minggu), dapatkan nasihat dari doktor anda.

4. Rasa sakit di sekitar pelvis atau bahagian bawah abdomen

Sekiranya kawasan yang biasanya anda akan merasai kekejangan ketika menstruasi rasa sakit yang berpanjangan tanpa hadirnya menstruasi, segera berjumpa doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.

5. Penambahan ukur lilit abdomen

Selain simptom di atas, jika anda juga mengalami penambahan ukur lilit abdomen walaupun kurang selera makan. Anda patut mendapatkan nasihat doktor.

6. Sentiasa penat dan tidak bertenaga

Sentiasa penat dan tidak bertenaga walaupun anda sudah mendapatkan rehat yang secukupnya merupakan salah satu simptom awal kanser ovari.

sumber ovarion.org.uk
Sekiranya anda mengalami salah satu atau lebih dari satu simptom di atas, segera berjumpa dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.
Terutamanya bagi mereka yang berumur lebih 50 tahun dan mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kanser ovari atau kanser payu dara.
Tidak semestinya bermakna anda menghidap kanser tetapi, adalah lebih selamat jika anda membuat pemeriksaan awal. Jangan lupa beritahu doktor anda tentang simptom-simptom yang anda alami dan dapatkan penjelasan mereka tentang ini.
Sumber:

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Blog Archive