JAKARTA : Keluarga dan bekas jiran wanita Indonesia disyaki terbabit dalam pembunuhan berani abang pemimpin Korea Utara di Malaysia terkejut dengan penahanan ibu muda yang dianggap mereka seorang yang sopan dan 'baik.'
Siti Aisyah, 25, adalah seorang daripada tiga individu ditahan oleh polis Malaysia setakat ini kerana mungkin terbabit dalam pembunuhan Kim Jong-nam. Antara tahun 2008 dan 2011, dia dan suaminya ketika itu tinggal di kejiranan popular Tambora di barat ibu kota ini.
Bapa mentuanya, Tjia Liong Kiong, yang tinggal di kejiranan kelas pertengahan berhampiran menggambarkan menantunya, Aisyah sebagai 'amat baik, sopan dan dihormati.' "Saya tidak percaya dia tergamak melakukan jenayah sedemikian," katanya. -AP
0 comments:
Post a Comment